Jiwa semakin tenang dan tidak risau tentang dunia.
Nur keimanan akan mudah meresap dalam hati seseorang mukmin.
Seseorang yang menjaga auratnya dengan sempurna mungkin, akan terlindung daripada fitnah manusia.
Menjaga aurat dengan sempurna mengikut Islam, dapat membezakan kita dengan yang bukan Islam.
Menutup aurat dengan sempurna merupakan salah satu dakwah secara langsung dengan masyarakat tanpa kita sedari, dengan niat berjihad kerana Allah SWT.
"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya","Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancangsesuatu yang lebih baik buatmu".
Renungkanlah...
Ingatlah rakan-rakan wanita ku. Jika anda menganggap pakaian haram yang anda peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang disarankan oleh ALLAH, maka sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa pakaian yang disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik. Maka, di masa anda menyatakan demikian (ditambah anda mempraktikkannya) , maka anda di saat itu sedang melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang besarnya, dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan anda itu sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan (memprotes) ALLAH. Nauzubillah.
1. Memahami definisi aurat.
2. Memahami tujuan dan hikmah menutup aurat.
3. Mengetahui hukum menutup aurat.
4. Melaksana kaedah menutup aurat mengikut perspektif Islam .
Antara tujuan blog di hasilkan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat ISLAM terutama kepada kaum WANITA bagi mengelak daripada berlakunya fitnah. Sekiranya wanita itu berpakaian ketat hingga jelas kelihatan potongan badan dan bahagian anggota tubuh badannya, maka keadaan ini boleh menimbulkan fitnah yang berakhir dengan pelbagai bentuk jenayah yang dikutuk oleh agama.